Tuesday, June 11, 2013

LARAS-LARAS BAHASA

Seperti yang kita tahu,bahasa mempunyai banyak pelbagai laras yang dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang yang  digunakan oleh sesuatu wacana.

Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh ciri-ciri linguistik.
Contoh: Aspek ayat (spt: ayat aktif dan ayat pasif), aspek bunyi, dan aspek perkataan akan menghasilkan laras yang berbeza.

Berikut adalah contoh-contoh laras bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

1) Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:  

(a) Slogan: Kami Ada Cara
CONTOH IKLAN
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

2) Laras Bahasa Akademik
  • Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
  • Bersifat teknikal.
  • Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut format tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
  • Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, pendebungaan dan sebagainya.
3) Laras bahasa media
  • Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
  • Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.
  • Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah, pertama, bahasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
  • Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
4) Laras Bahasa Sastera
  • Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
  • Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
  • Beberapa ciri bahasa sastera:
a. kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

5) Laras Bahasa Agama
  • Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
  • Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
  • Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
6) Laras bahasa undang-undang
Teks yang berkaitan dengan perundangan.
Mengandungi prinsip undang-undang dan berkait dengan akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen.
Menggunakan istilah undang-undang dan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi.
 7) Laras ekonomi
-Berbentuk ilmiah.
-Istilah-istilah teknikal.
-Tidak mementingkan struktur ayat.
-Bersifat formal.
-Mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit .

Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.

8) Laras bahasa sukan
-Maklumat berkait dengan kegiatan sukan
-Bahasanya ringkas, bersahaja dan jelas
-Menggunakan istilah sukan dan bahasa/kosa kata yang mudah difahami

sesungguhnya mengetahui laras sesuatu bahasa adalah sangat penting bagi seorang penterjemah....untuk menghasilkan karya terjemahan yang sejadi bukan terdekat semata-mata....hehehe....

MOOD EXAM SUDAH MENJELMA!

Sunday, June 9, 2013

Jenis Terjemahan Bahagian 2

Salam alaik..

Sambungan di bawah tajuk yang sama sebelum ini.Kali ini,saya ingin berkongsi tentang beberapa teori yang kami pelajari ketika kuliah.

Menurut Roman Jacobson (dlm Nida, 1964: 3), terjemahan terbahagi kepada tiga iaitu intralingual,interlingual dan intersemiotik.

1. Apa itu terjemahan intralingual?
Dilakukan di dalam & berkenaan dgn satu bahasa tertentu sahaja, iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yg terdapat dlm bahasa itu.

Contoh:
  • Dialek ke dialek yg lain. Contoh: hang dalam dialek utara kepada mung dalam dialek Terengganu.
  • Dialek ke bahasa baku atau sebaliknya. Contoh: hang,mung, dalam dialek kepada kamu,awak dalam bahasa baku.
  • Bahasa kasar ke bahasa halus dsbnya. Contoh:datang haid dalam bahasa kasar kepada datang bulan dalam bahasa halus.

Contoh  penterjemahan bahasa baku ke dialek Perak dan Kelantan:


a) Kata ganti nama diri

Bahasa standard         Dialek Perak      Dialek Kelantan
        saya                         təman                 ambo
        awak                          mikə                   mu

b) Fonologi

Bahasa standard         Dialek Perak       Dialek Kelantan
        ular                           ulo                        ula
       beras                        bəgheh                 bəghah
       makan                       makan                   make

c) Kosa kata

Bahasa standard        Dialek Perak        Dialek Kelantan
     pepatung                  cakcibo               putiŋ  bəliuŋ 
   pergi kenduri            pərgi paŋgil               makə gula



2. Terjemahan interlingual pula bermaksud terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.

Contoh:

Terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab. 
Contoh: Doktor memeriksa pesakit kepada   الطبيبة تفحص المريضة

3. Terjemahan intersemiotik pula ialah daripada suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.

Contoh:
  • Pergerakan tangan polis trafik diterjemahkan ke bentuk kata-kata.
  • Terjemahan kod-kod tertentu ke dalam bentuk bahasa.
  • Bahasa lisan atau tulisan dipindahkan ke bentuk kod-kod tertentu.
  • Bahasa isyarat dipindahkan ke bentuk bahasa lisan atau tulisan.

Contoh simbol di jalan raya







Padanan Terjemahan

Melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.

Dalam proses melakukan terjemahan,mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.Terdapat tiga jenis padanan terjemahan iaitu padanan formal,padanan dinamis dan padanan sejadi yang terdekat.

Apa itu padanan formal?
  • Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal.
  • Penterjemah akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.
  • Kesannya, hasil terjemahan kelihatan janggal, tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan, kerap kali memerlukan nota kaki utk lebih difahami.
  • Keadaan menjadi sukar kalau pembaca sasaran tidak mempunyai pengetahuan asas tentang bahasa sumber.

Bahagian atas:Novel Harry Potter versi asal dalam bahasa Inggeris
Bahagian bawah:Novel Harry Potter yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu
Pendapat saya,hasil terjemahannya kelihatan janggal dan kaku dan agak sukar difahami.

Sekarang,mari kita mengenali pula maksud padanan dinamis.
  • Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.
  • Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.
  • Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
  • Padanan dinamik memberi impak yang jelas – ketepatan sesuatu mesej dalam konteks tertentu tidak hanya bergantung pada pencarian padanan formal yang melibatkan unsur-unsur bahasa sahaja, tetapi pengolahan dan penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya bahasa sasaran juga penting. 
Dan,jenis padanan yang terakhir ialah padanan sejadi yang terdekat.
  • Padanan yang sejadi dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.
Kesimpulannya,jika terdapat masalah untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna, maka penterjemah seharusnya bertindak mencari padanan yang sesuai dengan kehendak pembaca sasaran. 

Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang diharapkan ialah hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.

Saturday, June 1, 2013

DOA-DOA HARIAN

DOA-DOA HARIAN

Ni adalah antara doa-doa yang mudah untuk kita amalkan.....
Fastabiqul khairat......Semoge membawa kebaikan utk kita semua.....hehe



قصة الممحاة و القلم


Salam kawan-kawan:)
dah banyak mentelaah pelajaran ke tu?
letih?
stress?
berhenti rehatla sebentar bersama kisah yang menarik ini:D
KISAH PEMADAM & PENSIL
jom baca!!!!
كَانَ فِي دَاخِلِ الْمَقْلَمَةِ مِمْحَاةٌ صَغِيْرَةٌ وَقَلَمُ رَصَاصٍ جَمِيْلٍ. وَدَارَ حِوَارٌ قَصِيْرٌ بَـيْنهُمَا
Al-kisah, di dalam bekas pensil ada satu pemadam yang kecil dan sebatang pensil yang cantik.Terjadilah dialog singkat diantara
keduanya.
اَلْمِمْحَاة: كَيْفَ حَالُكَ يَا صَدِيْقِي؟
Pemadam: apa khabar wahai sahabatku?
اَلْقَلَم: لَسْتُ صَدِيْقَكِ  
Pensil: aku bukan sahabatmu  
الممحاة: لِمَاذَا؟
Pemadam: Kenapa?
القلم: لأَنَّـكِ تَمْحِيْنَ مَا أَكْتُبُ
Pensil: Kerana kamu menghapus apa yg aku tulis.
الممحاة: أَنَا لاَ أَمْحُوْ إِلاَّ اْلأَخْطَاء
Pemadam: Aku tidak menghapus kecuali yg mempunyai kesalahan-kesalahan
القلم: وَمَا شَأْنُكِ أَنْتِ!؟
Pensil: Apa urusanmu ?!
الممحاة: أَنَا مِمْحَاةٌ، وَهَذَا عَمَلِي
Pemadam: Aku pemadam, dan inilah pekerjaanku.
القلم: هَذَا لَيْسَ عَمَلاً
Pensil: Ini bukan pekerjaan
الممحاة: عَمَلِي نَافِعٌ مِثْلُ عَمَلِكَ
Pemadam: Pekerjaanku bermanfaat seperti pekerjaanmu.
القلم: أَنْتِ مُخْطِئَةٌ وَمَغْرُوْرَةٌ
Pensil: Kamu salah dan berlebihan
الممحاة: لِمَاذَا؟
Pemadam: Kenapa?
القلم: لأَنَّ مَنْ يَكْتُبُ أَفْضَلُ مِمّنْ يَمْحُوْ
Pensil: Kerana yang menulis itu lebih baik daripada yang memadam!
الممحاة: إِزَالَةُ الْخَطَأ تُعَادِلُ كِتَابَةَ الصَّوَابِ
Pemadam: Menghapus kesalahan itu setaraf dengan menulis kebenaran.

أُطْرَقَ الْقَلَمُ لَحْظَةً، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ، وَقَالَ: صَدَقْتِ يَا صَدِيْـقَـتِي
Pensil pun tersentak sebentar, lalu mengangkat kepalanya, dan berkata: "Kamu benar wahai sahabatku..!"

الممحاة: أَمَا زِلْتَ تَكْرَهُــنِي؟

Pemadam: Apakah kamu masih membenciku?

القلم: لَنْ أَكْــرَهَ مَنْ يَمْحُــوْ أَخْطَائِي

Pensil: Aku tidak akan membenci siapa yg menghapus kesalahanku.

الممحاة: وَأَنَا لَنْ أَمْحُوَ مَا كَانَ صَوَاباً

Pemadam: Dan aku tidak akan menghapus apa2 yg sudah benar.

القلم: وَلَكِنَّـنِي أَرَاكِ تَصْغُرِيْنَ يَوْماً بَعْدَ يَوْمٍ ؟
Pensil: Tapi, aku melihatmu bertambah pendek hari demi hari?
الممحاة: لأَنَّـنِي أُضَحِّي بِشَيْءٍ مِنْ جِسْمِي كُلَّمَا مَحَوْتُ خَطَأً
Pemadam: Kerana aku berkorban dgn sesuatu dari badanku setiap kali aku memadam satu kesalahan.
لِمَاذَا لاَ نَقُوْلُ شُكْرًا لِمَنْ يَمْحُوْ لَنَا اَخْطَائَنَا، وَيُرْشِدُنَا إِلَي طَرِيْقِ الصَّوَابِ
Mengapa kita tidak berkata "Terima Kasih" kepada orang yg menghapus kesalahan2 kita dan memandu kita ke jalan yg benar?
Credit by : Nuramalina Daod



Friday, May 10, 2013

BUKAN ORANG ARAB?? ITU BUKAN PENGHALANGNYA :)

Dari kecil kita diajar menunaikan solat. TAPI , kita faham ke maknanya?? Jom kita tonton video ini yg menerangkan makna solat


Subhanaallah Maha suci ALLAH :)
mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini,
kita dapat mencapai kusyuk dalam solat & mencintai Bahasa Arab yang merupakan bahasa syurga:D I.ALLAH

Pembetulan : Penyanyang ---> Panyayang


Credit by : Nuramalina Daod

Wednesday, May 8, 2013

MARI DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH


Jangan berputus asa untuk menguasai penggunaan bahasa arab

Boleh cuba menterjemah perkataan-perkataan yang mudah dahulu seperti nama-nama ALLAH & seterusnya cuba menterjemah perkataan arab yang lebih tinggi ke bahasa melayu

i.ALLAH diberi ganjaran pahala & ilmu pengetahuan pun semakin meningkat:D



Credit by : Siti Aminah, Alya syahira, Siti Fatimah & Nuramalina

SERONOKNYA BELAJAR MENTERJEMAH MELALUI QASIDAH :D




                                        



ظهرالدين المؤيد
 telah muncul agama yang didukung

بظهور النبى أحمد
dengan kemunculan Nabi Ahmad
 
يا هنانا 
betapa beruntungnya kami

ذلك الفضل من الله 
itulah anugerah dari ALLAH


seronokkan dapat tahu apa makna perkataan yang kita ungkapkan^_____^
YA HANANA YA HANANA YA HANANA.....
ALLAH

by : Nuramalina Daod

Sunday, May 5, 2013

apa maksud nama awak ?



assalamualaikum sahabat yg dicintai kerana Ar Rahim iaitu Pemilik Segala Cinta
insyaAllah,hari ini saya mahu mengajak semua sahabat menterjemah nama sendiri
saya mulakan dengan nama saya

NOR ALYAA SHAHIRA --> نور عليا شهيرا

NOR --> cahaya
ALYAA --> ketinggian
SHAHIRA --> masyhur

jom tinggalkan comment sahabat semua dengan meletakkan maksud nama sahabat sekalian !! ^^ + ^^
    credit by : alyaa shahira

الانتخابات الماليزية 2013

Salam alaik..

Sempena atmosfera pilihan raya umum ke-13 hari ini,mari kita belajar beberapa perkataan yang berkaitan dengan pilihan raya.


pilihan raya - الانتخابات
perlembagaan- دستوري
pengundi - الناخبون
bulan - الشهر
dacing -موازين
roket - الصواريخ

Akhir kalam,saya mengajak rakan-rakan untuk menterjemah keratan akhbar di bawah bersama-sama!



Jom berqasidah!!!







.......اللهم صلى على سيدنا محمد

ِأهلا بنا !!!!




Assalamualaikum......hehehe...
Jom kite karaoke lagu ni bersame!!!
Sambil nyanyi sambil tambah pahale....
Dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan kite terhadap Nabi Muhammad yg tercinte....
Lagu : Ahlan Bina dr kumpulan Far East

Jenis Terjemahan

Salam alaik.

Kali ni saya ingin membincangkan tentang jenis-jenis terjemahan.Terdapat dua jenis terjemahan iaitu terjemahan lisan dan tulisan.


Ciri-ciri Terjemahan Tulisan:

  • Dilakukan secara bertulis.
  • Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan.
  • Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.
  • Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik.

Senang kata, terjemahan tulisan ni biasanya buku la.Sebagai pelajar bidang pengajian Islam,kami sememangnya tidak akan lari daripada menggunakan buku-buku terjemahan khususnya kitab-kitab yang muktabar.(nampak sangat tak berapa kuasai bahasa Arab!).Antaranya,:

Sirah Nabawiyah karya Ibnu Hisyam dalam bahasa Arab

TADAA! Sirah Nabawiyah karya Ibnu Hisyam yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Wednesday, April 17, 2013

terjemahan surah Al-Muthaffifin


suasana hari akhirat yang digambarkan dalam surah 83 yakni al-Muthaffifin (orang-orang yang curang/menipu dalam timbangan dan sukatan) mulai ayat 1 hingga 21. selamat menonton :D


جحا يسابق الحمار


ASSALAMUALAIKUM......hehe...
jom kite tonton video ini dan nyanyi bersama :)

انا بلح و اسمي بلح
و حياتي لعب أو مرح


Saya balahun dan nama saya balahun
Dan hidup saya adalah untuk bermain dan berseronok

cc:Nuramalina Daod dan Siti Aminah Mohd Rozali

SIFAT WUDHU’ NABI MUHAMMAD S.A.W.



 Secara syari’at wudhu’ ialah menggunakan air yang suci untuk mencuci anggota-anggota tertentu yang sudah diterangkan dan disyari’at kan Allah swt. Allah memerintahkan:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak melakukan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan , kedua mata-kaki (Al-Maaidah:6).
Allah tidak akan menerima shalat seseorang sebelum ia berwudhu’ (HSR. Bukhari di Fathul Baari, I/206; Muslim, no.255 dan imam lainnya).
Rasulullah juga mengatakan bahwa wudhu’ merupakan kunci diterimanya shalat. (HSR. Abu Dawud, no. 60).
Utsman bin Affan ra berkata: “Barangsiapa berwudhu’ seperti yang dicontohkan Rasulullah saw, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan perjalanannya menuju masjid dan shalatnya sebagai tambahan pahala baginya” (HSR. Muslim, I/142, lihat Syarah Muslim, III/13).
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menyempurnakan wudhu’nya, kemudian ia pergi mengerjakan shalat wajib bersama orang-orang dengan berjama’ah atau di masjid (berjama’ah), niscaya Allah mengampuni dosa-dosanya” (HSR. Muslim, I//44, lihat Mukhtashar Shahih Muslim, no. 132).
Maka wajiblah bagi segenap kaum muslimin untuk mencontoh Rasulullah saw dalam segala hal, lebih-lebih dalam berwudhu’. Al-Hujjah kali ini memaparkan secara ringkas tentang tatacara wudhu’ Rasulullah saw melakukan wudhu’:
1. Memulai wudhu’ dengan niat.
Niat artinya menyengaja dengan kesungguhan hati untuk mengerjakan wudhu’ karena melaksanakan perintah Allah swt dan mengikuti perintah Rasul-Nya saw.
Ibnu Taimiyah berkata: “Menurut kesepakatan para imam kaum muslimin, tempat niat itu di hati bukan lisan dalam semua masalah ibadah, baik bersuci, shalat, zakat, puasa, haji, memerdekakan budak, berjihad dan lainnya. Karena niat adalah kesengajaan dan kesungguhan dalam hati. (Majmu’atu ar-Rasaaili al-Kubra, I/243)
Rasulullah saw menerangkan bahwa segala perbuatan tergantung kepada niatnya, dan seseorang akan mendapatkan balasan menurut apa yang diniatkannya… (HSR. Bukhari dalam Fathul Baary, 1:9; Muslim, 6:48).

2. Tasmiyah (membaca bismillah)
Beliau memerintahkan membaca bismillah saat memulai wudhu’. Beliau bersabda:
Tidak sah/sempurna wudhu’ sesorang jika tidak menyebut nama Allah, (yakni bismillah) (HR. Ibnu Majah, 339; Tirmidzi, 26; Abu Dawud, 101. Hadits ini Shahih, lihat Shahih Jami’u ash-Shaghir, no. 744).
Abu Bakar, Hasan Al-Bashri dan Ishak bin Raahawaih mewajibkan membaca bismillah saat berwudhu’. Pendapat ini diikuti pula oleh Imam Ahmad, Ibnu Qudamah serta imam-imam yang lain, dengan berpegang pada hadits dari Anas tentang perintah Rasulullah untuk membaca bismillah saat berwudhu’. Rasulullah saw bersabda: “Berwudhu’lah kalian dengan membaca bismillah!” (HSR. Bukhari, I: 236, Muslim, 8: 441 dan Nasa’i, no. 78)
Dengan ucapan Rasulullah saw: ”Berwudhu’lah kalian dengan membaca bismillah” maka wajiblah tasmiyah itu. Adapun bagi orang yang lupa hendaknya dia membaca bismillah ketika dia ingat. Wallahu a’lam.

3. Mencuci kedua telapak tangan
Bahwa Rasulullah saw mencuci kedua telapak tangan saat berwudhu’ sebanyak tiga kali. Rasulullah saw juga membolehkan mengambil air dari bejancdengan telapak tangan lalu mencuci kedua telapak tangan itu. Tetapi Rasulullah melarang bagi orang yang bangan tidur mencelupkan tangannya ke dalam bejana kecuali setelah mencucinya. (HR. Bukhari-Muslim)

Thursday, April 4, 2013

Kamus oh Kamus!

Salam alaik!

Kamus ibarat teman rapat bagi para penterjemah.Sebagai pelajar yang mempelajari cara-cara menterjemah ini,kamus memang perlu dibawa ke mana-mana..hehe..Macam-macam jenis kamus yang ada di pasaran.Jom kita tengok!


                 
Kamus ni memang antara kamus yang popular dimiliki pelajar sekolah yang mengambil subjek bahasa Arab sehinggalah peringkat pelajar universiti.Kelebihan kamus ini ialah mempunyai kosa kata Melayu-Arab dan Arab-Melayu yang memudahkan pelajar dan kami tak perlu bawa dua kamus! Tapi,kelemahan ada juga iaitu terdapat sesetengah perkataan bahasa Arab yang perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu tiada dalam kamus ini.























Kenal tak dua-dua gambar di atas ini? Ini ialah kamus al-marbawi.Nak tahu siapa itu Idris al-Marbawi? Boleh lah tengok kat sini. Kamus ini juga agak popular dalam kalangan pelajar kerana kosa kata Arab yang banyak terdapat di dalam kamus ini.




Kamus ini ialah .المعجم الوسيط  Kamus ini ialah kamus ekabahasa iaitu kamus Arab-Arab.Perkataan bahasa Arab diterangkan juga maknanya dalam bahasa Arab.Sekarang, kebanyakan kami masih cuba untuk 'mesra' dengan penggunaan kamus ini.(gara-gara maknanya juga dalam bahasa Arab)



Kamus ni pulak namanya معجم الطلاب. Kamus ini hanya memuatkan Arab-Melayu.




Akhir sekali,kamus Arab-Melayu Dewan.Kenapa namanya sedemikian? Ini kerana kamus ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Setakat ini,kamus inilah paling tebal dan memuatkan paling banyak kosa kata Arab-Melayu yang pernah aku temui.

Kesimpulannya, jadikan kamus teman setia anda!

Sekadar perkongsian,
Siti Fatimah Wahidah.


  

                                             

Monday, March 25, 2013

When we die as martyrs


Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah kita masih dapat merasai nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam
dan masih berkesempatan hidup dalam keadaan aman dan tenteram..
Saksikanlah video yang menarik ini dan marilah sama-sama kita menghayati dan memahami makna yang tersirat yang ingin disampaikan oleh anak-anak Palestin..
Dan pada masa yang sama kita dapat menambahkan kosa kata Bahasa Arab yang mungkin boleh digunakan dalam pembelajaran
SELAMAT MENONTON:)

Siti Aminah dan Nuramalina


Saturday, March 23, 2013

saya suka budok c0mel !

salamun a'laik kpd semua sahabat yg disyngi kerana Allah..
m0ga sihat semuanya yea !! j0m kita tng0k video sumpah ohsemm nie ^^

alya dah tengok video nie..sngt menarik,sbb penggunaan kalimah arab yg mudah dan senang difahami..
j0m lihat vide0 ni,slps tu terjemahkannya dan aplikasikan perkataan2 itu dlm kehidupan seharian kita

sayangi bahasa arab !!! j0m awop2 semua

https://www.youtube.com/watch?v=1E-8MISQcZE


credit by: alyaa shahira

Saturday, March 9, 2013

we're the future translator !!!!!!!




tok ! tok ! tok !
assalamualaikum kpd semua peminat setia ..
uhuk uhuk ! (hok aloorhhh..terperasan sekejap) > <
maaf2,tumpang lalu...pinjam masa 5 minit

sekarang,mari kenali dahulu admin admin yg agak pemalu ni..hihi
sem0ga aw0p2 semua mendapat ilmu daripada setiap entry yg dipostkan..

jeng..jeng..jeng..

admin pertama !
Siti Fatimah Wahidah Bt Zamri
A141493
Kuala Berang,Terengganu
Lepasan STPM


Admin kedua !
Nor Alyaa Shahira Binti Abdul Aziz
A139479
Taiping,Perak.
Lepasan STAM


Admin ketiga !
Siti Aminah Bt Mohd Rozali
A141898
Kuala Berang,
Lepasan STPM


Admin keempat !
Nuramalina Bt Daod
A141574
Padang Besar
Lepasan Diploma

tak kenal,maka ta'aruf !!!
selamat semua !!!

credit by--> alyaa shahira dan siti aminah

Institut Terjemahan Negara Malaysia

Salam alaik..

Apabila membicarakan tentang bidang terjemahan,kita tidak dapat lari daripada mengaitkan bidang ini dengan satu institusi di negara kita.Apakah institusi tersebut?

INILAH INSTITUSI YANG DIMAKSUDKAN..

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ialah syarikat berhad yang diasaskan pada 14 September 1993 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan penubuhan sebuah industri penterjemahan di negara Malaysia. Modal syer syarikat ini dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia, manakala pentadbirannya diuruskan oleh Kementerian Pelajaran.


Misi ITNM ialah untuk memupuk bahasa Melayu sebagai perantara pemikiran dalam bidang kebudayaan, sains, dan teknologi, melalui penterjemahan. Matlamatnya ialah:


  • Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan menterjemah, menafsir, dan menukarkan maklumat pada peringkat-peringkat negara serta antarabangsa.
  • Menterjemahkan bahan-bahan pengetahuan, khususnya karya-karya utama dalam bahasa Melayu.
  • Menterjemahkan karya-karya tempatan yang utama kepada bahasa-bahasa yang lain.
  • Memberikan latihan dan panduan dalam bidang bahasa.

Sejak sekian lama,ITNM telah memberi banyak sumbangan dalam kegiatan penterjemahan di negara kita terutama dalam memudahkan masyarakat dalam mendalami sebarang ilmu tanpa ada kekangan bahasa.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang ITNM,boleh pergi ke laman ini.


Sebuah coretan,
Siti Fatimah Wahidah

Friday, March 8, 2013

Apa itu Terjemah?

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini,blog ini dihasilkan bertujuan memenuhi kehendak tugasan subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1.Sebelum kita pergi jauh dalam subjek ini,perlu kita ketahui apa maksud 'terjemah'.Bila dah faham definisi @ takrif @ maksud,barulah senang faham ye tak!

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat-memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan:.Daripada perkataan terjemah ini,terbitlah perkataan 'penterjemahan', 'penterjemah'  dan 'menterjemahkan'.

Dalam bahasa Arab juga menggunakan perkataan yang sebutannya serupa iaitu "ترجم" atau 'tarjama, yutarjimu, tarjamah”. Ini merupakan salah satu contoh perkataan bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab.

Sementara itu dalam Mu،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab (1984:94) mentakrifkan terjemahan sebagai:

 إعادة كتابة موضوع معيّن بلغة غير اللغة التي كُتِبَ بها أصلا 
(menulis semula sesuatu perkara / topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya). 

Sebagai khulasahnya,maksud terjemah ialah memindahkan apa-apa teks atau yang seumpama dengannya daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.

Persoalannya di sini,kenapa perlu belajar ilmu terjemahan ini? Di sini,saya berikan satu analogi di mana berlaku satu keadaan apabila dua orang yang mahu berkomunikasi tetapi hanya tahu bahasa masing-masing sahaja.Contohnya,si A yang hanya tahu berbahasa Melayu dan si B yang hanya tahu berbahasa Arab.Jika wujud pula si C yang tahu kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab,maka si C boleh membantu menterjemahkan komunikasi si A dan si B tadi.

Kesimpulannya di sini,ilmu terjemahan ini penting bagi memudahkan komunikasi sesama manusia di atas muka bumi Allah ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).



Sebuah coretan,
Siti Fatimah Wahidah