Salam alaik.
Kali ni saya ingin membincangkan tentang jenis-jenis terjemahan.Terdapat dua jenis terjemahan iaitu terjemahan lisan dan tulisan.
Ciri-ciri Terjemahan Tulisan:
- Dilakukan secara bertulis.
- Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan.
- Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.
- Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik.
Senang kata, terjemahan tulisan ni biasanya buku la.Sebagai pelajar bidang pengajian Islam,kami sememangnya tidak akan lari daripada menggunakan buku-buku terjemahan khususnya kitab-kitab yang muktabar.(nampak sangat tak berapa kuasai bahasa Arab!).Antaranya,:
Sirah Nabawiyah karya Ibnu Hisyam dalam bahasa Arab |
TADAA! Sirah Nabawiyah karya Ibnu Hisyam yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. |
Sementara itu,ciri-ciri terjemahan lisan pula:
- Dilakukan secara lisan.
- Dilakukan secara langsung, cepat & tepat.
- Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya.
- Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar & fasih dalam b. Sumber & b. Sasaran.
- Perlu berpengetahuan luas.
- Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan.
- Dikenali sebagai interpreter.
- Perlu menjalani latihan yang panjang & perlu mencari pengalaman yang berterusan.
- Selain menjadi penterjemah yang baik, dia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.
Contoh yang paling dekat ialah sewaktu Dato' Ustaz Mahmud Abdul menjadi jurubahasa bahasa Arab ketika mengacarakan Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa.Sedap kan dengar lahjah Arab ustaz Mahmud Abdul ni?
Akhir kata,Hayya Takallam Bilughah Arabiah!
Sebuah coretan,
Siti Fatimah Wahidah.
No comments:
Post a Comment