Saturday, March 2, 2013

Tak Kenal Maka Ta' ARUF


 بسم اللّه العليّ الأعلى, أحمد اللّه سبحانه وتعالى باسمائه الحسنى وصفاته العظمى, ربّنا وربّ   من الأمم  الأولى, والصّلاة والسّلام على نبيّنا المجتبى وحبيبنا المصطفى, وعلى اله وصحبه ومن اهتدى.....قا
ربّ اشرح لي صدري ويسّرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي.. أما بعد

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah buat pembaca osem sekalian!

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam merupakan salah satu jabatan yang menawarkan kursus Pengajian Arab dan Tamadun Islam di bawah Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia.Kursus ini menggabungkan jalinan ilmu bahasa Arab dan tamadun Islam sebagai salah satu cabang disiplin ilmu pengajian Islam yang boleh dipelajari oleh pelajar FPI khususnya.

Salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh pelajar kursus ini ialah subjek PPPJ 1123 Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1.Pensyarah kami,Dr.Maheram binti Ahmad telah mengarahkan kami menyiapkan sebuah blog sebagai tugasan subjek ini.

Maka,terhasillah blog ini.Entri pertama ini sebagai perkenalan sahaja tentang tujuan blog ini dihasilkan.Untuk mengenali siapakah kami,nantikan entri selanjutnya!

Sebagai khulasah,

“Jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah''.



SALAM PERKENALAN,
Nuramalina binti Daod
Siti Aminah binti Mohd Rozali
Siti Fatimah Wahidah binti Zamri
Nor Alyaa Shahira binti Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment